Assalamualaikum,
Salam Aidil Adha kepada semua muslim. Semoga ibadah qurban kita kali ini diterima Allah dan semoga kita masih diberi peluang untuk berqurban pada tahun-tahun akan datang.
Semalam, sempena Hari Raya Aidil Adha, TV3 telah memaparkan dokumentari berkenaan madu tiruan yang berleluasa di Malaysia. Mengikut dokumentari tersebut, 80%-90% madu yang berada di pasaran Malaysia adalah madu tiruan atau madu sintetik. Statistik ini amat merisaukan kerana madu yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab demi meraih keuntungan.
Rasulullah saw. bersabda, ”Hendaklah kalian menggunakan dua ubat, Al-Qur’an dan madu.” (HR. Ibnu Majah). Al-Quran adalah ubat keraguan dan kebingungan atau kebimbangan hati. Sedang madu adalah ubat bagi penyakit.
Dalam dokumentari tersebut, paling merisaukan adalah amat sukar untuk membezakan antara madu tiruan dan sintetik dengan menggunakan kaedah konvesional kerana dengan teknologi yang semakin maju, tekstur madu sintetik dapat dihasilkan betul-betul menyerupai madu asli. Hanya ujian makmal yang dapat menentukan madu tersebut adalah betul-betul asli atau tiruan.
Dalam dokumentari tersebut, eksperimen-eksperimen yang telah dilaksanakan bagi membezakan madu asli dengan tiruan ni, antaranya:
1. Eksperimen 1: Alirkan ke dalam air dengan sudu, dia kata tengok cara madu-madu tu mengalir, berpisah ke tak masa mengalir.
Keputusannya tiada perbezaan langsung, jadi eksperimen ini tidak boleh digunakan,
2. Eksperimen ke-2: Dia alirkan ke atas tisu pula, Eksperimen ini pun selalu dibuat oleh orang ramai katanya.
Keputusannya kedua-dua madu boleh diserap dengan tisu tapi madu asli lebih cepat menyerap.
3. Eksperimen ke-3: Ujian pembakaran, segumpal kapas dicelupkan ke dalam madu-madu tu dan dibakar,
Keputusannya kedua-dua madu itu tidak boleh dibakar, tiada perbezaan langsung dapat dilihat antara madu asli & madu tiruan
Dokumentari tesebur menyebut juga mtitos yang mengatakan bahawa madu asli tak membeku/menjadi pepejal bila disejukkan adalah TIDAK BENAR, sebab madu asli boleh membeku/menjadi pepejal bila disejukkan.
Jadi macam mana nak tahu madu asli dengan madu tiruan?? Ianya hanya boleh dibuktikan menggunakan kaedah makmal iaitu guna mesin HPLC (High Performance Liquid Chromatography),
Tengok keputusan mesin HPLC tu memang jauh benar kandungan dalam madu asli dengan madu tiruan, banyak komponen dalam madu asli yang madu tiruan tak ada,
Jika dilihat kepada kesukaran mendapatkan madu asli, sudah tentu harga yang dijual agak mahal daripada madu-madu tiruan yang dihasilkan melalui kaedah sintetik. Oleh itu, sama-sama kita berhati-hati dalam pemilihan produk kesihatan. Dalam mengejar kesihatan yang optimum, pastikan sumber produk tersebut adalah asli dan halal supaya niat baik kita mengamalkan sunnah Rasulullah dalam menjaga kesihatan tidak di manipulasi dan menjatuhkan fitnah kepada saranan itu sendiri.
Olive House - 'We begin with nature'
13 September 2016
No comments:
Post a Comment