Monday, September 12, 2016

80% madu tiruan di malaysia

Assalamualaikum,

Salam Aidil Adha kepada semua muslim. Semoga ibadah qurban kita kali ini diterima Allah dan semoga kita masih diberi peluang untuk berqurban pada tahun-tahun akan datang.

Semalam, sempena Hari Raya Aidil Adha, TV3 telah memaparkan dokumentari berkenaan madu tiruan yang berleluasa di Malaysia. Mengikut dokumentari tersebut, 80%-90% madu yang berada di pasaran Malaysia adalah madu tiruan atau madu sintetik. Statistik ini amat merisaukan kerana madu yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab demi meraih keuntungan.

Rasulullah saw. bersabda, ”Hendaklah kalian menggunakan dua ubat, Al-Qur’an dan madu.” (HR. Ibnu Majah). Al-Quran adalah ubat keraguan dan kebingungan atau kebimbangan hati. Sedang madu adalah ubat bagi penyakit.

Dalam dokumentari tersebut, paling merisaukan adalah amat sukar untuk membezakan antara madu tiruan dan sintetik dengan menggunakan kaedah konvesional kerana dengan teknologi yang semakin maju, tekstur madu sintetik dapat dihasilkan betul-betul menyerupai madu asli. Hanya ujian makmal yang dapat menentukan madu tersebut adalah betul-betul asli atau tiruan.

Dalam dokumentari tersebut, eksperimen-eksperimen yang telah dilaksanakan bagi membezakan madu asli dengan tiruan ni, antaranya:

1. Eksperimen 1: Alirkan ke dalam air dengan sudu, dia kata tengok cara madu-madu tu mengalir, berpisah ke tak masa mengalir.

Keputusannya tiada perbezaan langsung, jadi eksperimen ini tidak boleh digunakan,

2. Eksperimen ke-2: Dia alirkan ke atas tisu pula, Eksperimen ini pun selalu dibuat oleh orang ramai katanya.

Keputusannya kedua-dua madu boleh diserap dengan tisu tapi madu asli lebih cepat menyerap.

3. Eksperimen ke-3: Ujian pembakaran, segumpal kapas dicelupkan ke dalam madu-madu tu dan dibakar,

Keputusannya kedua-dua madu itu tidak boleh dibakar, tiada perbezaan langsung dapat dilihat antara madu asli & madu tiruan

Dokumentari tesebur menyebut juga mtitos yang mengatakan bahawa madu asli tak membeku/menjadi pepejal bila disejukkan adalah TIDAK BENAR, sebab madu asli boleh membeku/menjadi pepejal bila disejukkan.

Jadi macam mana nak tahu madu asli dengan madu tiruan?? Ianya hanya boleh dibuktikan menggunakan kaedah makmal iaitu guna mesin HPLC (High Performance Liquid Chromatography),
Tengok keputusan mesin HPLC tu memang jauh benar kandungan dalam madu asli dengan madu tiruan, banyak komponen dalam madu asli yang madu tiruan tak ada,

Jika dilihat kepada kesukaran mendapatkan madu asli, sudah tentu harga yang dijual agak mahal daripada madu-madu tiruan yang dihasilkan melalui kaedah sintetik. Oleh itu, sama-sama kita berhati-hati dalam pemilihan produk kesihatan. Dalam mengejar kesihatan yang optimum, pastikan sumber produk tersebut adalah asli dan halal supaya niat baik kita mengamalkan sunnah Rasulullah dalam menjaga kesihatan tidak di manipulasi dan menjatuhkan fitnah kepada saranan itu sendiri.


Olive House - 'We begin with nature'

13 September 2016

Friday, September 9, 2016

Cuka Buah Tin Asli - RM 24.90

Berbeza dengan cuka-cuka yang telah ditapis di pasaran, Sari Cuka Teen semulajadi dibuat daripada Teen yang segar, diperah, ditanam secara organik dan Teen tesebut dibiarkan matang di dalam tong kayu bertujuan menggalakkan kualiti peragian semulajadi. Apabila ia telah matang, ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil 'mother' dimana menjadi jelas apabila cecair cokelat pekat terdedah kepada cahaya.

Harga: RM 24.90 sahaja


Hubungi kami di talian 0192718144 (Haneem) atau 013 3698144 (Sufyan) untuk pembelian secara penghantaran dan pos.

Pati Minyak Zaitun Asli - RM 44.90

Pati Minyak Zaitun Olive House merupakan Pati Minyak Zaitun tanpa campuran bahan kimia. Ia diimport terus daripada Turki dan merupakan :


1. Extra Virgin

"Mechanically Cold Pressed" bermaksud proses penghasilan pati minyak zaitun yang dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara alami tanpa melibatkan bahan kimia ataupun pemanasan. Minyak yang terhasil ini dikenali Extra Virgin

2. Tidak Ditapis

Pati Minyak Zaitun yang tidak ditapis mengandungi lebih 30% "Poliphenols". Kandungan ini mampu melindungi sel manusia dari serangan radikal bebas, virus dan bakteria. Minyak zaitun yang ditapis akan hilang 4 khasiat penting seperti poliphenols, carotens, chlorophylis dan anthocyanin.

3. Tidak Bercampur

Pada tahun 1996, FDA telah membuat kajian dan mendapati 96% pati minyak zaitun yang diuji dan dilabel 100% minyak zaitun asli, hakikatnya bercampur dengan minyak sayuran yang lain.

Harga Semenanjung : RM 44.90


Hubungi kami di talian 0192718144 (Haneem) atau 013 3698144 (Sufyan) untuk pembelian secara penghantaran dan pos.

Olivie30 Plus - RM 119.90

Menurunkan paras LDL (kolestrol tidak baik) dan trigeliserida (menghalang deposit kolestrolpada dinding salur darah yang menyebabkan atherosklerosis) dan pencegahan terhadap kanser (payudara, usus, prostat dan leukemia) dan penyakit neurodegenerative (Alzheimer). Kandungan khasiat berlipat ganda lebih tinggi dari pati minyak zaitun biasa. Ini terjadi akibat tanah yang kering dan persekitaran gurun yang teruk telah menyebabkan pohon zaitun mengeluarkan lebih bahan pertahanan dalam selnya dan seterusnya membawa buah zaitun tersebut kepada satu aras peningkatan nilai khasiat 25 ke 30 kali ganda lebih tinggi hydroytyrosol dan 10 kali ganda lebih tinggi dari jumlah polyphenol. Kandungan ini mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak(blood brain barrier) kerana ia adalah molekul antioksida yang paling kecil dan unik.

Harga Semenanjung :  RM 119.90 sahaja




Hubungi kami di talian 0192718144 (Haneem) atau 013 3698144 (Sufyan) untuk pembelian secara penghantaran dan pos.

Quranic Food as your daily supplement

Mari mengamalkan Quranic Food sebagai super food supplement dalam kehidupan kita. Produk Olive House merupakan produk terbaik dunia yang terkenal dengan 'Natural' dan Halalan Tayyiban'.